Soal Jawab Membeli Emas Cara Berhutang

By There are no tags 33 comments

SOALAN

Saya mohon nasihat, pandangan @ hukum islam dalam membeli emas secara ansuran (berhutang)..?
Saya cuba perjelaskan soalan ini – Contoh : saya ingin membeli dan menyimpan emas batangan (bullion gold) kerana nilainya kukuh dan yakin dengan ganjaran yg bakal d peroleh atas kenaikan nilai & harga emas pada masa hadapan. Dgn muafakat, pembekal setuju menjual kepada saya dgn bayaran cuma 30% dari jumlah harga penuh manakala selebihnya (70%) d bayar pada pembekal setelah saya memajakkan emas tersebut.. Bermakna sya masih terhutang sebanyak 70% dari harga penuh.. Saya kemudiannya akan beransur ansur menjelaskannya hingga selesai.. Nyata ini adalah prinsip hutang jd saya memohon jasa baik saudara utk mendapat jawapan berserta hadis, dalil & nasnya.. Berserta rujukan..

Mudah2an saudara dpt membantu…
Assalammualahum

Sent via Facebook Mobile

JAWAPAN
Abu Zur’ah February 26 at 8:55am Report

Haruskah Jualan Tunai Lebih Murah Dari Tangguh?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(artikel ini adalah petikan dari salah satu dari buku baru ilmiah saya (Zaharuddin Abd Rahman) yang sedang dalam proses penerbitannya bertajuk Murabahah, Teori, Aplikasi dan Isu)

Timbul satu persoalan iaitu bagaimana jika harga bayaran secara tunai sebagai contoh RM 1000, tetapi jika dibayar secara tangguh menggunakan kontrak Murabahah tetapi dibayar melalui konsep bayaran tangguh (Murabahah wa muajjal), harganya meningkat kepada RM 1500. Adakah ia halal?

Perlu diingat pembayaran bagi kontrak Murabahah boleh dibuat secara tunai atau bertangguh. Dalam praktis bank-bank Islam kontemporari kebiasaan pelanggan dibenarkan membayar secara ansuran dalam satu tempoh waktu. Namun demikian jika di awal kontrak Murabahah, pelanggan memilih kemudahan ini, harga aset yang dijual oleh bank secara Murabahah akan dinaikkan.

Hukum

Para ulama berbeza pendapat dalam hal ini, minoritinya mengatakannya haram manakala majoriti ulama silam termasuk keempat-empat mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ianya harus.

Disebut oleh ulama Hanafi :

الثمن قد يزاد لمكان الأجل

Erti : Harga berkemungkinan dinaikan disebabkan penangguhan (bayarannya). [1]

Ulama mazhab Maliki pula berkata :

جَعل للزمان مقدار من الثمن

Erti : Penangguhan kerana untuk tempoh masa mempunyai nilai kadar nilai di dalam harga. [2]

Kenyataan dari ulama mazhab Syafie :

الخمسة نقداً تساوي ستة نسيئة

Ertinya : Lima jika dibayar secara tunai, bersamaan dengan enam jika dibayar secara tangguh. [3]

Manakala disebut oleh ulama mazhab Hanbali :

الأجل يأخذ قسطاً من الثمن

Erti : Tempoh boleh mengambil sebahagian dari harga [4]

Antara dalil paling mudah untuk menyokong pendapat ini adalah keharusan jualan secara as-Salam.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ فَقَالَ : مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ .

Ertinya : Nabi s.a.w sampai ke Madinah dan penduduk Madinah membeli (menempah) tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian as-Salam) hendaklah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui” (Riwayat Al-Bukhari, no 2086)

Jualan secara As-Salam harus secara nas dan ijma’, manakala para ulama menyatakan dari hikmah keharusannya adalah pembeli dapat mendapat manfaat dari harga yang lebih murah, manakal penjual pula menikmati bayaran segera. Disebutkan oleh Ibn Qudamah :-

وهذا دليل على أن للأجل في البيع نصيباً من الثمن. وأن هذا لا بأس به في البيوع

Erti : Inilah dalil bahawa tempoh waktu dalam jual beli mempunyai bahagian dalam harga, ia tidak mengapa kerana ia didasari oleh aqad jual beli. [5]

Kesimpulannya, disebabkan tempoh masa yang perlu ditunggu oleh pihak penjual dan risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini dianggap sebagai halal dengan syarat ia telah dipersetujui di awal aqad dan tidak lagi berubah selepas itu. Kenaikan harga akibat tempoh ini dianggap halal oleh majoriti mazhab dan ulama. Inilah bentuk ‘time value of money’ yang diiktiraf sebagai halal oleh Islam kerana ia didasari oleh jual beli sebenar dan bukannya aqad qardh iaitu pinjaman atau hutang.

Sheikh Taqi Uthmani membidas mereka yang menyamakan perbezaan penentuan harga ini sama seperti riba dengan kata beliau :-

This arguement is again based on the minsconception that whenever price is increased taking the time of payment into consideration, the trasaction comes within the ambit of interest. This presumption is not correct. Any excess amount charged against late payment is riba only where the subject matter is money on both sides. But if a commodity is sold in exchange of money, the seller when fixing the price may take into consideration different factors, including the time of payment…time of payment may act as an ancillary factor to determine the price of a commodity.

Erti : pertikaian ini sekali lagi disebabkan oleh salah faham bahawa setiap kenaikan harga disebabkan oleh masa akan jatuh dalam kategori Riba. Keismpulan ini adalah silap. Setaip kenaikan yang disebabkan kelewatan bayaran hanya akan menjadi riba apabila kedua-dua belah pihak berurusan adalah wang, tetapi jika komoditi atau aset dijual berbalas wang, penjual mempunyai kebebasan untuk menentukan harganya dan dibenarkan juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk masa pembayaran…masa pembayaran boleh dijadikan faktor penentu bagi ketetapan harga komoditi” [6]

Zaharuddin.net
www.zaharuddin.net

Share Button

33 Comments:


  • By safar 07 Mar 2011

    salam..
    dalam majalah solusi isu 29 (m/s 42)…ditulis oleh ust zaharudin juga menyaatakan membeli emas secara ansuran / hutang adalah haram.. disepakati 4 mazhab….komen tuan?

    • By emas 16 Mar 2011

      jawapan dlm emas adalah matawang agak mengelrukan, zaharuddin telah menjawap dlm bentuk emas adalah komiditi bole di bayar secara ansur2.

  • By Abu Umair 11 Mar 2011

    Assalamu ‘alaikum,

    Jawapan yang diberikan dengan memetik tulisan Ustaz Zaharuddin ini adalah tidak menjawab soalan penanya.

    Mohon menjawab fokus kepada inti soalan iaitu berkenaan boleh atau tidak menggunakan cara bayaran 30-70% menggunakan ar-rahnu tersebut?

    Terima kasih, wassalam.

    • By Mat Kilau 22 Apr 2011

      Sistem arrahnu 35% -65% adalah halal dari segi syariah…Tlg dtg ke HQ Serambi Emas ampang point utk penjelasan tepat…no 54, jln mamanda 9, ampang point. Tel 03-42528808
      Pada suatu zaman dahulu sesorang berjalan kaki berbatu2 hanya nak belajar seponton hadis saja…

  • By emas 16 Mar 2011

    30 -70 yg dilaksanakan oleh Ar – rahnu telah diluluskan panel syariah dan JPM

  • By abu haniff 21 Mar 2011

    ar-rahnu yg diluluskan tersebut bukan utk jual beli emas tapi untuk gadai emas sahaja, 30% nilai emas dipegang oleh Rahnu, dan 70% nilai emas di beri pinjam oleh Rahnu kepada penggadai, bukan jual beli. mohon perhalusi isu dan persoalan.

  • By hamba Allah 21 Mar 2011

    beli emas secara hutang dah dikira tidak boleh, lepas tu nak gadai pulak. emas tu bkn milik pembeli so camne nak gadai..sah ke ? panel syariah mana yg luluskan …JPM tu apa bendanya..?

  • By siti emas 23 Mar 2011

    ya..
    skrg ni mmg byk hukum yg disembunyikan utk jaga periuk nasi.
    dalil sahih diputar belitkan, yg haram di bolehkan dgn syarat dan mcm2 lagi..
    saya rasa..
    jadi lebih baik sesuatu yg “syak” kita tinggalkan..
    wallahualam.

  • By NORDIN ABDUL RAZAK 26 Mar 2011

    Berkongsi pandangan, secara umumya, pinjaman 30:70 bersifat harus kerana kita tidak membawa pulang emas tersebut atau wang dari emas tersebut. Ar Rahnu tidak mengenakan apa-apa caj (riba) atas pinjaman tersebut, sebaliknya hanya caj upah menyimpan sahaja yang dikenakan. Ar Rahnu wajar mengenakan caj tersebut kerana kos penjagaan dan menyimpan dan kos wang yang dibayar kepada pembekal emas. Dalam hal ini, pinjaman tidak boleh disamakan dengan lain-lain pinjaman kerana barang yang dibeli berada dalam simpanan Ar Rahnu. Tiada kekhuatiran untuk emas tersebut hilang. Nilai emas tersebut pula sifatnya meningkat dalam harganya mengikut masa. Oleh itu usahlah, kita asyik berdebat mengenai perkara yang remeh, SELAGI itu orang Melayu dan beragama Islam tidak dapat memiliki emas dan tidak dapat meningkatkan ekonomi Islam sejagat. Allahualam. Nordin

    • By Nasarudin 15 Apr 2011

      Assalamualaikum tuan,
      Pada pandangan saya ada beberapa persoalan disini:

      Kita gunakan nama Ahmad sebagai pihak yang ingin membeli Emas. Beliau oleh kerana tiada modal atau modal tak cukup telah meminjam wang misalnya dari bank atau pihak lain.

      1. Beliau pinjam RM100,000 dari bank atau kad kredit.
      2. Beliau gunakan wang pinjaman itu untuk beli Emas. Emas di beli tunai dan beliau pemiliknya.
      3. Bagi melunaskan sebahagian dari pinjaman itu tadi beliau meng Ar-Rahnu kan emas yang di beli.
      4. Sekarang beliau tidak berhutang dengan bank.
      5. Disini beliau berhutang dengan Ar-Rahnu bagi tujuan membayar hutang bank dan emas tadi sandaranya.

      Kalau di lihat dari aliran arus niaga ni beliau membeli Emas secara tunai. Hutang dengan Ar-Rahnu digunakan untuk bayar hutang yang pertama dan bukan beli emas. Jadi saya tak nampak dimana timbulnya persoalan membeli emas secara berhutang yang padangan ustaz Zaharuddin dan lain2 pandangan mengatakan haram. Ini pandangan saya.

      • By safar 19 May 2011

        permasaalahn zainudin dgn permasaalahan utama di atas adalah berbeza….
        apa yang saya faham…..hutang bank utk beli emas ..diharuskan..sebab emas masih dibeli secara tunai….
        kmd menggadaikan emas itu jg adalah harus…..

        tapi berbeza dgn permasaalahan utama…..bayar emas 30$ (hutang 70%)….jelas….ada melibatkan hutang (70%)… kalau ikut hukum asal jual beli emas adalah haram (zaharudin.net) ..maka haram lah hukumnya dalam permasaalahan pertama tadi…..di tambah lg menggadai emas yg bukan milik sempurna si penggaidai…(1 lg kesalahan)………

      • By safar 19 May 2011

        ralat : permasaalahan nasarudin ( bukan permasaalahan zainudin)

      • By BizMoojaheed 21 Nov 2011

        Assalam semua,

        terlalu banyak khilaf dan tidak kessepakatan tentang jual beli emas 35:65 ar rahnu ni. dari komen2 di atas menunjukkan kita sebangsa melayu lebih menghalalkan pinjaman dibank2 atas nama wang kertas berbanding pemilikan emas melalui ar–rahnu. cuba perhatikan betul2 asas pengiraan belian emas melalui ar rahnu ini secara jangka panjang ( e.g 5 tahun ke hadapan ) dan bukannya bersifat short selling seperti yang cuba di praktikkan sesetengah dealer2 emas fizikal dalam negara. hakikat yang sangat nyata ramai pembeli emas fizikal telah kecewa sebenarnya dengan syarikat2 penjual emas ini yang mana akhirnya lebih menguntungkan syarikat dan dealer2 ikutan mereka sahaja. ini hakikat yang sedang berlaku bilamana semasa jual syarikat untung, dan bila beli semula pun syarikat untung. yang tukang menjerit dan bermati-matian pertahankan syarikat adalah dealer2 barisan atas, juga sebenarnya dengan tujuan menjaga periuk nasik masing2. habis hukum hakam di bongkar sana2 sini dan digerunkan halal haram pada pembeli. dan akhirnya matlamat pemilikan emas untuk warga melayu akan tergendala oleh sikap dengki khianat sesama sendiri. satu sifat orang melayu yang sangat sinonim suka menghukum tanpa ilmu.
        adakah mereka yang berhukum di atas faham tentang tafsir dan ta’wil permasalan riba ini seperti di sebut oleh al quran dan hadis? adakah mereka perhatikan emas jualan mereka sendiri itu samada dalam bentuk emas tulen galian atau barangan boleh dagang untuk tujuan keuntungan. dan semestinya komoditi emas bersifat untung yang mana kebelakangan ini melebihi saham2 dagangan di pasaran semasa. kenapa tiada pula yang berhukum tentang orang melayu yang meminjam wang kertas di bank2 tempatan untuk membeli saham–saham amanah, sedangkan saham2 itupun masih belum milik oleh peminjam?
        barangan/ perhiasan emas yang berlegar di pasaran malaysia semasa bukanlah di tukarkan antara emas dengan emas atau emas dengan perak dan ini sangat nyata. dinar dan dirham yang ada di pasaran juga ternyata bukan matawang atau kiraan tunai dan ini juga di sahkan oleh bank negara yang hanya menjamin ringgit malaysia. akan tetapi walaupun barangan emas di niagakan ini untuk menjana keuntungan tetap di bayar zakat emas oleh kesemua orang melayu islam atas dasar ianya emas dan mudah2han mendapat keredaan dan keberkatan Allah s.w.t. sedarlah orang2 melayu. walau apa jenis atau apa cara sekalipun anda ingin menjana pendapatan untuk masa depan ekonomi anak cucu, galakkan lah pemilikan emas supaya kita tidak ketinggalan berbanding bangsa lain, benar kata salah seorang pemberi komen di atas, jagan sampai kita terjerumus ke dalam neraka kerana riba, cuma persoalannya sekarang, adakah kita benar2 faham apa itu riba yang dimaksudkan al quran dan hadis dan setakat mana ilmu pemahaman kita tentangnya sebelum berhukum?. benarkah dalam kehidupan kita sehari2 ini bebas riba? bagaiman pula belian rumah, kereta, pinjaman peribadi dan pelajarn anak2 kita? dan yang paling penting, kenapa kita bising berhukum sana sini tentang riba bilamana kita masih berurusan dengan wang kertas fiat ciptaan yahudi? maaf jika pandangan ini tidak menarik dan kurang ilmiah.
        … yang baik adalah dari allah, yang kurang adalah dari siri saya sendiri.tk

  • By hanafi 31 Mar 2011

    camne nak join serambi emas ni??
    bagi panduan yang tepat.
    saya nak join ni..

  • By ida 15 Apr 2011

    mcm mn nk join?

  • By buy tramadol 17 Apr 2011

    Great work, webmaster, nice design!

  • By NIK NORAINI 22 Apr 2011

    CMNE NK JOIN NI
    DI MNA BLEH DPATKN NYE????

  • By zila 24 Apr 2011

    assalamuailaikum. Soalan saya; Kalau kita membeli emas dengan duit hasil dari dividen loan pelaburan asb, apakah hukumnya sedangkan duit itu separuhhasil titik peluh sendiri? SOALAN 2; BANK CIMB ada buat pelaburan emas , ikut harga pasaran semasa iaitu emas 999 PUBLIC GOLD. kita hanya melabur sahaja utk membeli HARGA emas beberapa gram. soalan saya adakah ianya berbentuk secara islam atau konvensional dan apakah HUKUM nya.

  • By sharifah Haslina 26 Apr 2011

    mcm mana nk beli emas di serambiemas.ada x pengedar di ns

  • By hamba Allah 18 May 2011

    SOAL HALAL HARAM BUKAN SOAL REMEH TEMEH..IA MELIBATKAN SYURGA DAN NERAKA. APA YANG SAYA MAKLUM, ANTARA SYARAT GADAIAN ADALAH BARANG TERSEBUT MILIK SEMPURNA PEMILIK ITU..KALAU DIA TAK BAYAR LAGI@HUTANG MAKNANYA EMAS ITU BUKAN MILIKNYA, MACAMANA SESEORANG UTU BOLEH GADAI HAK ORANG LAIN…ITU PERSOALANNYA. ADAKAH GADAIAN TERSEBUT SAH…MOHON PENCERAHAN…WALLAHUA’LAM

  • By hamba Allah 20 May 2011

    Hukum Pembelian Emas Menggunakan Ar Rahnu
    Belian emas secara arrahu adalah HARUS dan RIBA (mengikut kaedah )

    (kaedah pertama membeli emas dgn duit pajakkan emas sendiri)

    HARUS pada syarak jika dipajak emas yg asalnya milik dimana emas yang dipajak adalah milikan 100% kemudian duit itu dibeli emas…ini hukumnya HARUS pada syarak

    (kaedah kedua belian emas 35% 65%)

    HARAM (RIBA) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak…iaitu harga emas ditentukan oleh penjual mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yg diberikan dari pajakkan emas tadi
    hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad
    alhamdulillah sekarang telah sah dan benar kaedah belian emas 35%:65% adalah HARAM berunsur RIBA

    Sumber:

    Bahagian Pengurusan Fatwa
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    W.P Putrajaya
    No. Tel : 03-8886 4000 03-8886 4000

  • By Mr Zek 08 Jun 2011

    salam sejahtea

    macam mana pula dalam kes saya , saya telah membuat pinjaman peribadi untuk pelaburan emas . tetapi emas yang saya beli masih lg dalam simpanan saya dan tiap- tiap bulan saya membayar kadar pinjaman saya dengan pihak bank . saya minta mana-mana tuan yang arif dalam hal ini menyerlesaikan masalah saya ini .
    wassalam

  • By betty 11 Jun 2011

    assalamualaikum, saya ada kemusykilan tentang pajakan emas ni, ceritanya begini..saya terdesak memrlukan wang untuk pembiayaan pelajaran anak saya, ibu saya hendak membantu ttapi beliau pun tiada wang, dia mengizinkn saya utk mengadai rantai beliau yg mana perjanjiannya ialah segala hutang haruslah saya yg selesaikan kelak semasa menebus dan tiada had tempoh yg ibu tetapkan, adakah sah dan bebas riba wang akan saya ambil nnti dari arahnu, mohon sesiapa tlg jelaskan, t.kasih

  • By MAZLAN 24 Aug 2011

    RUKUN GADAIAN..
    1.Penggadai
    2. barang yg digadai
    3. barang yg diberikan (bayaran)
    4. pemegang gadaian
    5. ijab dan ghabul

    ANTARA SYARAT GADAIAN BAGI BARANG YG DIGADAI
    1. SEMPURNA MILIK.(KITA PUNYA)
    2. HARTA YG SAH JUAL BELI
    3. RELA.
    4 DLL…

    MASALAH NYA KITA PAKAI SKIM 35: 65
    CONTOH
    saya ada modal 35000 tetapi saya boleh beli mas yg nilai 100.000. mcm mana nak buat…
    1. ada penjual emas sanggup jual emas 100,000…
    2.. saya bayar 35,000 kepada penjual
    3. pergi arrahnu…penjual beri emas kepada saya yang bernilai 100,000 lalu saya gadaikan
    4. bila saya gadai emas yg bukan sempurna milik saya…saya dapat 65,000
    5. saya beri 65,000 kepada penjual tadi…
    6. saya dapat 1 surat gadai atas nama saya dan saya berhutang dg arrahnu sebanyak 65,000 + upah

    soalan saya apakah hukum saya membeli dgn cara ini??? saya gadai barangg yang belum menjadi milik saya.. apa akan terjadi jika saya ambil terus emas yg bernilai 100, 000 itu sebab penjual dah bersetuju jual kepada saya 35,000…(jika angkat jual beli dgn nilai 35000)

  • By shah 06 Sep 2011

    macam mana kalo say nk join serambi emas tp tanak beli cara 30-70…saya nk beli cash… berapa minimum pembelian?

  • By abdullah 02 Oct 2011

    saya nak tanya berkaitan dengan beli emas, contoh kita bersetuju untuk membeli emas hari ini dengan harga 1500 untuk 10 gram tetapi bayarnya lima hari kemudian sedangkan harga pada tersebut telah berubah adakah ini harus?

  • By adilah 04 Nov 2011

    assalamualaikum

    saya nak tahu apa pandangan islam tentang jual beli emas. contohnya saya beli emas secara tunai dan menyimpannya secara ar-rahnu kemudian menjualnya…………. apa kaedah yang sesuai untu mendapat keuntungan dari jual beli emas ini.

  • By mariamah 10 Nov 2011

    Saya ada membeli emas di Maybank menggunakan buku kira2 2 tahun lepas;baru2 ini saya tergerak untuk memastikan simpanan tersebut halal, saya goggled tapi x ada langsung yg mengatakan samada ini halal atau haram. Saya ingin meminta sesiapa yg dapat memberikan jawapan. Terima kasih.

  • By tinie 22 Nov 2011

    kalau kita membeli emas menggunakan duit personal loan.. tetapi kita belum habis membayar duit personal loan tersebut.. apakah hukumnye…

  • By tinie 22 Nov 2011

    kalau kita membeli emas menggukan duit personal loan.. tetapi kita belum habis membayar duit personal loan tersebut.. apakah hukumnye.. adalah boleh atau pun tidak.. mohon pandangan
    terima kasih..

  • By bob 22 Nov 2011

    salam, kalo owner emas sendiri yg setuju untuk jual emasnya dgn kaedah 30-70 arrahnu ada masalah ke?
    Yg ptg akad antara pembeli dgn owner tu sendiri yg mn owner bersetuju menjual emasnya kpd pembeli walaupun owner tersebut sanggup mendahulukan emasnya utk digadai oleh pembeli dgn niat dijadikan pelaburan, mmg benar pembeli akan berhutang dgn arrahnu tetapi adakah anda tahu bahawa sekiranya pembeli tidak membayar hutang mahupun upah simpan, apa yg terjadi pada emas mereka itu? Bank yg wat arrahnu akan melelong brg emas tersebut dan selepas bank menolak jmlah pinjaman serta upah simpan. tertunggak pasti akan ada baki dan diserahkan semula kpd peminjam @ pembeli td. YG MANA LEBIH TELUS? PINJAM DGN ARRAHNU @ PERSONAL LOANS? saya nk tanya anda semua, SELAMA HARI NI KITA WAT PERSONAL LOANS APA YG KITA CAGARKAN? JAWATAN KAN.. APA YG ADA DGN JAWATAN? SEDANGKAN APABILA KITA MEMINJAM DGN ARRAHNU APA YG KITA CAGARKAN TADI? EMAS KAN YG MN BOLEH MEMBAYAR HUTANG, TP JAWATAN? INSURAN YG BAYARKAN, INSURAN DTG DARI MN PULAK?? SO MN YG LEBIH TELUS, fikir2 kan..

  • By ahmad.husaini.abdul@gmail.com 06 May 2013

    As Salam,

    Artikel oleh Ustaz Zaharudin tu menceritakan tentang “Haruskah Jualan Tunai Lebih Murah Dari Tangguh?” bukannnya haruskah jual beli emas secara tangguh. Mohon diperbetulkan, nanti ada yang keliru.

    Wassalam

    • By serambiemas 19 Jun 2013

      Wassalam,
      saya cuba menjawab persoalan yang telah di kemukakan,
      tidak semestinya belian tunai itu murah,sedangkan kita tak tahu harga semasa emas setiap hari, jika kita tidak tahu peredaran harga emas di pasaran. pihak kami masih menjual secara tunai kepada pelanggan. Hutang pelanggan memgikut harga masa itu bukan harga yg ditambah.

Leave a Reply



Copyright © 2013 Serambi Budi Sdn Bhd (883641-U). All rights reserved